Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Bawang Putih-Petua Hilangkan Panau
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Halia-Petua Menghilangkan Panau
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
Halia-Petua Memutih Dan Menguatkan Gigi
Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.Amalkan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.
Langgan:
Catatan (Atom)