Bawang Putih-Petua Hilangkan Panau

Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pucuk Lada-Petua Hilangkan Panau

Ambil beberapa helai daun pucuk lada kemudian tenyeh-tenyehkan hingga lumat pada kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

Halia-Petua Menghilangkan Panau

Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

Air Kelapa-Petua Menghilangkan Jerawat

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Timun-Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Madu Lebah-Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Daun Sirih-Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Serbuk Kulit Kayu Manis-Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Ubi Kayu-Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Asam Jawa-Petua Menghilangkan Jerawat

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Putih Telur-Petua Menghilangkan Jerawat Batu

Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas.. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur.. hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…

Hampas Kelapa-Petua Membersihkan Siput Sedut

Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak.

Santan Kelapa-Petua Luruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa bersama segelas air dan campurkan air limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut. Balut rambut dengan tuala panas selama satu jam. Bilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Beras Pulut-Petua Agar Telur Tahan Lama Untuk Disimpan

Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Atau Susunkan telur secara menonggeng ( yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

Perahan Limau-Menghilangkan Hanyir Telur Goreng

Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.

Gula-Petua Mengekalkan Kesegaran Udang Basah

Udang basah memang mudah berbau jika tidak pandai menyimpannya. Cara yang paling mudah ialah dengan cara mengaulkan udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.

Air Panas-Petua Hindari Bau Busuk Kulit Udang

Siramkan kulit udang dengan air panas.Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.

Petua Bagaimana Mengetahui Kelapa Isinya Tebal

Pilihlah kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Ataupun tempurung jantannya agak lonjong. Itu tanda kelapa tebal isinya Dan mempunyai santan yang banyak.

Hampas Kelapa-Petua Menyuburkan Tanaman

Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.

Daun Pisang-Petua Mengelak Minyak Memercik Keluar

Untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak, Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buang.